Post Yang Terkini Yang Penting

Friday, November 25, 2011

Keputusan Pertandingan Blog

Berikut adalah keputusan Pertandingan Blog

Kelas 2AB 

Kumpulan              Markah (15)
moonboys                12
red eagle                  01
ullak team                13
the founders            05
slurpee!!!                 04
bog's crew               04
edentoray                14

Kedudukan pemenang
Pertama : Kumpulan edentoray
Kedua   : Kumpulan ullak team
Ketiga   : Kumpulan moonboys


*will be update

Selamat Bercuti

Rasanya, masih belum terlambat buat teacher mengucapkan Selamat Bercuti kepada para pelajar kelas ICTL bagi tahun 2011.Buat pelajar tingkatan 2, tahun ini adalah tahun terakhir pelajar menjadi anak murid teacher bagi subjek ICTL, jadi teacher harap ilmu yang teacher bagi pada para pelajar semua, dapat digunakan sebaik mungkin, jangan salah guna..yer...jangan bercita - cita nak jadi seorang 'hackers'...Teacher selalu disoal oleh para pelajar, bagaimana hendak menjadi seorang hackers ? Teacher pun terkedu bila mendengar soalan begini.... Tanggungjawab teacher sebagai seorang guru adalah untuk mengajar anak murid teacher melakukan kebaikan bukannya melakukan kerosakan...so, harap - harap lepas nie tak ada lagi pelajar yang tanya bagaimana hendak menjadi seorang 'hackers'...

Pelajar tingkatan 2 yang berpotensi dalam bidang ICT akan diserap sebagai ahli Briged Bestari 2012. Senarai nama akan ditampal pada minggu pertama sesi persekolahan 2012.Walaubagaimanapun, pelajar tersebut masih perlu ditemuduga oleh guru - guru Briged Bestari bagi memastikan pelajar yang dipilih mempunyai kriteria yang diperlukan oleh pihak kami. 

Pelajar tingkatan 1 pula, pada tahun hadapan , pelbagai tugasan perlu pelajar lakukan. Oleh demikian, gunalah masa yang terluang sepanjang cuti sekolah ini, dengan mempelajari Program Words, Excel, Movie Maker, dan juga Powerpoint. Persediaan awal dapat memudahkan pelajar menyiapkan tugasan yang akan diberi nanti.

Markah bagi tugasan Folio dan blog, teacher akan paparkan pada minggu hadapan. Harap sabar menunggu...

Hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan, akan diserahkan kepada pelajar pada sesi persekolahn 2012. Harap maklum. Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada milahmuda@gmail.com


Sunday, October 23, 2011

MAKLUMAT PENTING : FOLIO ICTL

Mohon kerjasama para pelajar tingkatan 1AB, 1Z , 2 AB, 2 BH, 2UO dan 2RK untuk menghantar Folio ICTL yang telah siap secara online, iaitu emelkan folio tersebut ke emel cikgu iaitu milahmuda@gmail.com


Folio tersebut hendaklah dihantar selewat - lewatnya pada 31hb Oktober 2011. Penghantaran folio selepas tarikh yang telah dimaklumkan tidak akan dilayan sama sekali. Sila tepati tempoh yang telah ditetapkan. Harap maklum.

p/s : Guru akan mencetak folio ICTL yang terpilih sahaja.

Thursday, October 13, 2011

Penilaian Bagi Pertandingan Blog Sudah Bermula....

Kepada pelajar 2RK, 2UO dan 2AB , sila kemaskini blog masing - masing untuk dinilai. Penilaian akan berakhir pada 31hb Oktober 2011. Hadiah akan disediakan bagi tempat pertama , kedua dan juga ketiga. Hadiah saguhati akan diberikan kepada kumpulan yang memberi komitmen dalam menyiapkan blog masing - masing. Sebarang keputusan adalah muktamad.

Friday, September 23, 2011

Tugasan Folio ICTL

Sebelum berakhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ICTL, setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu folio berkaitan dengan bidang ICT. Folio tersebut hendaklah disiapkan secara individu atau berpasangan ( 2 orang sahaja).Para pelajar akan memilih tajuk yang difikirkan bersesuaian dengan bidang ICT (pemilihan dibuat dalam kelas ICTL). Pemilihan tajuk akan dipantau oleh guru. Folio hendaklah mengandungi kriteria - kriteria berikut :

1. Tajuk Folio
2. Penghargaan - 1 m/s
3. Isi Kandungan - 1 m/s
4. Pendahuluan - 1 m/s
5. Isi (Berdasarkan kepada kreativiti pelajar- perlu ada lebih daripada satu gambar berkaitan dengan tajuk yang dipilih) - 5 m/s
6. Penutup - 1 m/s
7. Rujukan - 1 m/s

Jumlah keseluruhan mukasurat tidak termasuk kulit depan - 10 m/s sahaja


Folio hendaklah dibuat sepenuhnya dalam BM / BI . Penggunaan bahasa campuran 'rojak' tidak dibenarkan sama sekali.


Contoh : 
Penghargaan - ditulis dalam BM
Pendahuluan - ditulis dalam BI
- TIDAK DIBENARKAN

YANG DIBENARKAN ......
Penghargaan - ditulis dalam BM
Pendahuluan - ditulis daam BM
atau

Penghargaan - ditulis dalam BI
Pendahuluan - ditulis dalam BI


Pelajar dikehendaki menyediakan draf terlebih dahulu, guru akan menyemak draf tersebut sebelum pelajar meneruskan olahan pada tajuk yang dipilih. Sebelum bahan folio dicetak (urusan mencetak dilakukan di makmal komputer), guru akan menyemak bahan tersebut. Setelah guru berpuashati, barulah proses mencetak dilakukan. Bagi pelajar yang ingin menyediakan kertas untuk mencetak, amat dialu - alukan terutama bagi pelajar yang ingin menggunakan kertas berwarna / bercorak. Pihak panitia ICTL hanya menyediakan kertas A4 tidak berwarna sahaja.

Hasil kerja yang telah siap hendaklah dihantar sebelum 31hb Oktober 2011


Aliran Kerja Tugasan Folio

  • Pemilihan tajuk / Pemilihan ahli kumpulan (Berpasangan)
  • Penyediaan draf / semakan draf
  • Pencarian maklumat / Susun maklumat
  • Kemaskini folio
  • Semakan folio oleh guru / Mencetak
  • Hantar folio

Keputusan Pertandingan Menghasilkan Persembahan Multimedia (Movie)

Berikut adalah keputusan bagi pertandingan menghasilkan persembahan multimedia  (Movie) menggunakan program Windows Movie Maker. Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dipilih sebagai pemenang. Kepada pelajar yang tidak berjaya, jangan putus asa, hadiah saguhati ada disediakan bagi menghargai setiap usaha yang telah dilakukan. Terima kasih atas komitmen yang diberikan.

Kelas 2AB
Tempat Pertama : 
AMIRUL HARRIS BIN ZULKHARNAIN
Tempat Kedua : 
MUHAMAD SYAFIQ B NORDIN
Tempat Ketiga :
ABU BAKR B GHAZALI
Saguhati :
AZIZUL HAKIM B ZUHAIRI
MUHAMMAD AFIQ B ASMADI
MUHAMMAD HILMI B NORDIN
MUHAMMAD ALIFF AKRAM B MOHD SENARI
HAZIQ HARITH B ZA'BA
MUHAMMAD ALIF HAIQAL B SAHIDIN


Kelas 2RK
Tempat Pertama :
SAR SHAQIR ZUFAYRI B SANALEH



Sunday, August 7, 2011

MAKLUMAN TERKINI - GURU ICTL

Mulai 8hb Ogos 2011, 3 orang guru akan mengajar subjek ICTL. Berikut adalah pecahan kelas mengikut Guru ICTL :

Cikgu Noorshahriman Pearl b Hashim (MAKOBE 2)
  • 1 RK
  • 1 BH
  • 2 Z
Cikgu Ramlah Muda (MAKOBE 1)
  • 1 AB
  • 1 Z
  • 2 AB
  • 2 BH
  • 2 UO
  • 2 RK
Cikgu Rubayati (MAKOBE 2)
  • 1 UO

Jadual kelas adalah seperti biasa. Tiada perubahan. Harap maklum.