Post Yang Terkini Yang Penting

Sunday, July 31, 2011

Salam Al Mubarak...

Selamat menyambut ketibaan Bulan Ramadan Al- Mubarak....InsyaAllah, laman blog ini akan saya update dari semasa ke semasa, meskipun saya juga sibuk mengemaskini laman web sdaronline. Saya akan menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan dengan info - info terkini bagi subjek ICTL. Sehubungan itu, saya berharap agar pelajar Tingkatan 1 dan 2 sentiasa melayari laman blog ini untuk mendapat info - info terkini. Harap maklum...

Sunday, July 24, 2011

Pertandingan Blog - Pelajar Tingkatan 2

Pelajar Tingkatan 2 yang berminat untuk mengambil bahagian dalam menghasilkan blog , boleh berbuat demikian, dengan memaklumkan kepada guru ICTL masing - masing. Bagi pelajar 2AB, 2RK dan 2UO, teruskan usaha anda dalam mengemaskini blog masing - masing. Bagi pelajar 2Z dan 2BH yang berminat, boleh maklumkan kepada Cikgu Ramlah atau Cikgu Noorshahriman Pearl. Penilaian akan dilakukan pada bulan Oktober nanti.

Kriteria yang akan dinilai :
1. Tajuk blog
2. Susunan maklumat
3. Url boleh diakses - alamat blog
4. Kreativiti
5. Gabungan MultiMedia - teks, audio, video, grafik
6. Gaya bahasa - tidak menggunakan gaya bahasa 'pasar'
7. Latarbelakang
8. Gadget
9. Senarai ahli kumpulan
10. Kekemasan blog