Post Yang Terkini Yang Penting

Sunday, July 31, 2011

Salam Al Mubarak...

Selamat menyambut ketibaan Bulan Ramadan Al- Mubarak....InsyaAllah, laman blog ini akan saya update dari semasa ke semasa, meskipun saya juga sibuk mengemaskini laman web sdaronline. Saya akan menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan dengan info - info terkini bagi subjek ICTL. Sehubungan itu, saya berharap agar pelajar Tingkatan 1 dan 2 sentiasa melayari laman blog ini untuk mendapat info - info terkini. Harap maklum...

Sunday, July 24, 2011

Pertandingan Blog - Pelajar Tingkatan 2

Pelajar Tingkatan 2 yang berminat untuk mengambil bahagian dalam menghasilkan blog , boleh berbuat demikian, dengan memaklumkan kepada guru ICTL masing - masing. Bagi pelajar 2AB, 2RK dan 2UO, teruskan usaha anda dalam mengemaskini blog masing - masing. Bagi pelajar 2Z dan 2BH yang berminat, boleh maklumkan kepada Cikgu Ramlah atau Cikgu Noorshahriman Pearl. Penilaian akan dilakukan pada bulan Oktober nanti.

Kriteria yang akan dinilai :
1. Tajuk blog
2. Susunan maklumat
3. Url boleh diakses - alamat blog
4. Kreativiti
5. Gabungan MultiMedia - teks, audio, video, grafik
6. Gaya bahasa - tidak menggunakan gaya bahasa 'pasar'
7. Latarbelakang
8. Gadget
9. Senarai ahli kumpulan
10. Kekemasan blog


Friday, February 18, 2011

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan

Pagi ini , guru - guru SDAR bersama - sama berkumpul di Bilik Mesyuarat Putra, SDAR untuk mendengar taklimat berkenaan dengan pembinaan Blog. Blog - blog terdiri daripada blog panitia, blog persendirian , blog - blog pengurusan tertentu dan sebagainya.

Monday, July 27, 2009


Ini adalah salah satu monumen yang terdapat di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Masjid ini adalah monumen yang dihasilkan berdasarkan kepada rekaan Masjid Kul Sharif , Kazan , Rusia.

Karya grafik ini dihasilkan dengan menggunakan Perisian Photoscape. Program ini amat mudah untuk dipelajari berbanding dengan Program Photoshop. Program Photoscape boleh digunakan untuk meng'edit' gambar secara mudah dan ringkas.

Saturday, July 25, 2009

Selamat Datang ke blog Panitia ICTL...Semoga dengan adanya blog panitia ICTL segala maklumat berkaitan dengan matapelajaran ICTL dapat disalurkan secara telus kepada umum...